Sabtu, 9 Julai 2011

The Beginning(permulaan) of Blogger

Assalamualaikum w.b.t...(orang Islam)

Tanggal 9 Julai 2011, blog sy ini di'create'. Tarikh keramat ke? Eh, taklah. Tarikh biasa je. Tapi mungkin hari ni, macam-macam sejarah berlaku dalam hidup, kan? Ada juga peristiwa yang berlaku dalam negara, iaitu Perhimpunan BERSIH yang diadakan di ibu negara bermula pagi tadi. Siapa yg merasmikannya? Entahlah...(^.^) Nak salahkan siapa perkara ni terjadi? Pemimpinkah atau rakyat yang ingin menyuarakan hak mereka? Mungkin ada baiknya berbincang dengan cara elok, berunding dengan cara yg LEBIH baik dan saling bertolak ansur. Masing-masing sudah besar, biarlah usia mematangkan fikiran. Mahu sy ulas dengan lebih lanjut? Maaflah, ilmu sy masih belum cukup. Mungkin nanti? Insyaallah...

Memandangkan sy adalah blogger baru yg cuba berjinak-jinak dalam dunia maya ini, mohon la agar diberi tunjuk ajar serba sedikit(kalo bkn skit, byk pn xpe ^^,) daripada semua agar mengingati yg mana terlalai, menasihat yg mana terleka dan menegur yg mana tersilap.

Ingin sekali sy memperkenalkan diri sy sebagai hamba Allah yg sangat lemah lagi kerdil. Boleh panggil sy NUR(sbb x rmai pggl sy gna nma 2). Sy tidak punya apa-apa yang hebat melainkan sekadar yg diberi olehNya. Alhamdulillah...

Di sini sy nak selitkan sedikit reminder untuk diri sy sendiri(mencapub ke?hehe).

Reminder to become a great blogger :
-jangan malas update bolg
-manfaatkan ilmu yg diperoleh
-tambahkan ilmu dunia dan akhirat
-tunaikan yg lebih penting daripada yg penting
-selidik dahulu sebelum tulis sesuatu(fakta)
-jangan mudah terpengaruh

Sy hanya manusia biasa, mungkin terlupa. So, ingatkanlah. Hanya tu je reminder buat masa sekarang. Mungkin ada lagi, sy akan tambah. Insyaallah...

p/s : follow me..^.^